Aku Terjerumus Dalam Kancah Banjir.
Saturday, November 20, 2010
Aku tak pernah lagi mengalami banjir sampai terjejas tempat tinggal. Paling teruk pun dulu masa banjir kat Kulim, Kedah tapi banjir masa tu tak kena kat rumah aku pun. Cuma masa tu aku berada di tengah-tengah kebanjiran mengharungi air.. Ok.. yang tu kita cerita lain kali ya. Kali ni nak cerita pasal pengalaman aku masa kat Perlis.
***
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Aku sering terdengar dalam berita tentang kejadian banjir yang berlaku di sana sini, lagi-lagi musim tengkujuh ni tapi jujur aku cakap aku tak rasa sangat apa yang mangsa-mangsa banjir tu rasa. Biasanya apa yang kita nampak dalam berita adalah laporan tentang bantuan untuk mangsa banjir yang dihulurkan oleh orang-orang tertentu serta orang itu dan ini yang turun padang untuk melawat mangsa banjir. Dalam pada melihat keadaan banjir yang menimpa, rumah-rumah tenggalam aku cuma boleh kata, “uish.. dahsyat ar..” dan bersimpati terhadap mangsa banjir ni. Ya Allah, kesiannya diorang ni..Tapi aku hanya mampu berkata-kata..
Kali ni, bila aku sendiri merasa ditimpa musibah banjir ni barulah aku tahu kesusahan sebenar yang mereka alami di negeri-negeri yang sering mengalami banjir. Itupun aku hanya dapat rasa cuma sebahagian sahaja daripada kesusahan yang dialami mereka, iaitu kekurangan stok makanan dan ketiadaan air bersih selama tiga hari.
Kalau nak dapatkan air bersih ni memang susah sebab memang kena beratur panjang. Air bersih ni penting sebab air kotor adalah faktor paling senang penyebab penyakit. Dahla hospital pun tenggelam. Kalau sakit macam mana? Pasal makanan pula kalau bekalan makanan yang dihantar tidak mencukupi, kami di ni terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan makanan. Ada yang langsung tak dapat(ya lah..dah malas nak berpindah kat pusat permindahan..tanggungla sendiri).
Selain daripada masalah air bersih dan bekalan makanan, kebersihan adalah satu lagi masalah besar. Habis semua tandas tersumbat, kotor dan sisa kumbahan terkeluar dari tangki kumbahan. Memang tak sanggup la nak gunakan tandas. Terlalu kotor. Mandi tu.. tak taula. Dengan air yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tak dan tandas yang kotor, memang pandai-pandailah hidup samada nak mandi ke tak.
Pernah tak dengar bank kehabisan duit? Ya.. benda ni berlaku masa banjir. Mesin ATM kosong kat sekitar kawasan yang dilanda banjir. Kalau takde duit macam mana? Tak boleh beli apa-apa dan segala-galanya memerlukan duit lebih-lebih lagi time banjir ni. Semua orang terdesak dan kadangkala ada orang yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada mangsa banjir. Nak keluar duit sampaikan terpaksa pergi ke negeri sebelah, itu pun kena beratur panjang. Punyalah lama nak tunggu giliran keluarkan duit. Masak megi dan makan pun belum tentu boleh sampai giliran lagi.
Memang susah jadi mangsa banjir ni. Lebih-lebih lagi kalau rumah sendiri tenggelam. Habis semua harta benda. Barang elektronik, kereta, motosikal dan segala-galanya lah rosak dan hanyut di bawa air. Bekalan elektrik terpaksa diputuskan atas sebab keselamatan. Yelah.. air kan boleh mengalirkan arus elektrik..
Bila musibah macam ni berlaku, aku terkenang saudara seislam aku yang dilanda malapetaka lain seperti perang dan dijajah oleh negara lain. Mereka bukan setakat takde air, makanan dan duit, malah mereka langsung tak punya apa-apa. Aku sedar selama ni aku hanyalah seorang hamba Allah yang tak tahu menghargai dan mensyukuri nikmat daipada-Nya.
Tapi itulah, manusia memang selalu lupa. Aku kesal sebab dengan serta merta berlaku semula pembaziran. Bila dah berhari tak mandi, terus nak tebus balik tak mandi tu. Yang basuh baju buka paip tapi tak tutup balik. Air bersih mengalir dan terbazir begitu sahaja. Kalau nak berus gigi atau basuh muka tu, tutup la paip air tu. Air yang masuk pun tak tentu, kejap ada, kejap takde. Ada sekali tu aku tengah tebus balik mandi, lepas syampoo rambut sekali takde air pulak. fuhh..
Sebenarnya kan, musibah macam ni banyak mengajar kita supaya jangan kufur nikmat. Tapi kita cepat lupa. Hari ni sedar tentang kesilapan, esok-esok ulang balik perkara yang sama. Harap kisah ini menjadi contoh dau tauladan untuk korang semua.
Sebenarnya kan, musibah macam ni banyak mengajar kita supaya jangan kufur nikmat. Tapi kita cepat lupa. Hari ni sedar tentang kesilapan, esok-esok ulang balik perkara yang sama. Harap kisah ini menjadi contoh dau tauladan untuk korang semua.







0 comments: